Iklan Nuffnang

Iklan

5 Jul 2017

Prego Black Pepper Yang Sangat Sedap







Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Harap belum terlambat kerana saya baru sahaja kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah pada 10 Akhir Ramadhan. Di musim perayaan ini, pasti kita akan sentiasa menerima tetamu walaupun tidak ada majlis rumah terbuka. Harus diingat tetamu datang membawa rahmat dan keluar dengan membawa dosa famili kita. Atau dengan kata lain menghapuskan dosa. Jadi kita kena meraikan tetamu yang datang membawa seribu kerahmatan buat seisi keluarga. Apa kata kita menyediakan hidangan ringkas buat tetamu yang mungkin semena mena datang berkunjung tanpa memberitahu terlebih dulu. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah menggunakan Prego. Perisa baru sos lada hitam Prego yang terlajak sedap. Hahaha seriuos sedap. Bukan sahaja sedap tapi menyediakannya juga sangat mudah. Semudah 123 gitu. Boleh sahaja digunakan apa apa bahan yang tersedia dalam peti ais. Arahan penyediaannya cukup ringkas dan mudah diikuti. 

Memang sangat wangi dan bau semerbak dapur ketika sos sedang disediakan. Jika kita kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan buat anak anak atau buat tetamu, memang sangat sesuai untuk kita menyediakan pasta Black Pepper ini. Keenakannya menyebabkan kita tak segan kerana kalau tak ditanya pasti akan dianggap ianya dipesan dari restoran. Hahaha dengan sos Prego siapa pun boleh memasak pasta sedap dengan cepat. 

Jom layan resepi mudah yang saya ikut bulat bulat resepi yang dicadangkan di tin sos Prego. Jika mahu mengubahsuai di sana sini pun boleh juga. Tambahkan sayuran yang disukai seperti karot atau ditambahkan daging. Tapi bagi saya, resepi ini sudah secukup enaknya. Mudah dan cepat disediakan dan yang paling penting, sangat sedap... 





Pasta Prego Lada Hitam Yang Sangat Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram pasta Fettuccine
2 tin sos Prego Lada Hitam
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 biji lada Benggala - hiris memanjang
Sedikit garam - opsyenal
Sedikit lada sulah - opsyenal
8 batang sosej - hiris nipis
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan sosej dan tumis sehingga keperangan. 



Masukkan sos Prego dan sedikit air. Kacau rata. Masukkan lada Benggala, garam dan lada sulah. Renihkan dalam 5 minit. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 




Bolehlah dihidangkan bersama pasta yang telah direbus dalam air mendidih yang dimasukkan minyak dan garam selama 10-12 minit. 







4 ulasan:

  1. Selamat ari raya juga buat kak azie sekeluarga..sdp nmpak nye pasta sos lada hitam..sy suka tp anak2 dan suami kurang suka sbb lbh sukakan spaghetti malaysia..mee goreng

    BalasPadam
  2. Resipi yang saya mahu cuba di rumah dan saya mahu cuba resep masakan lain di blog Azie Kitchen.

    BalasPadam
  3. Hmm...nmpk sedap. boleh try ni.tq kak azie coz kongsi resepi

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.